Hari ni nak buat review buku Fixi pulak lah. Fatin ni pun suka baca buku fixi ni. Tapi buku Fixi Fatin tak banyak lagi lah. Sedih betul, tak pe kumpul duit nanti beli lagi hehe. Okay jom baca sinopsis dulu kisah buku Fixi: Kacau ni. Let's go!
Hah, ni lah kulit bukunya, nampak pun seram kan? Kisah apa buku ni? Jom kita kongsi kan sedikit coretannya.
Tajuk : Kacau
Penulis : Ariff Adly
Penerbit : Buku Fixi
Bil. Muka Surat : 326
Genre : Horror
Source : Owned by me
Snippet
"Syira? Syira! Ajim, mana Syira?!" teriak aku.
"Dia ada sebelah aku tadi, tapi lepas blackout tu aku.." Al terhenti. Dia memandang ke atas. "Oh my god!! Sana!" Al menunjuk ke arah Syira yang sedang bergayut pada lampu chandelier, masih cuba memanjat.
My Review
First time baca buku ni memang meremang juga bulu roma tau. Seram gila rasa real sangat. Kisah Kacau ni merupakan kisah sekumpulan rakan baik yang mahu melakukan satu aktiviti yang luar biasa iaitu Ghost Hunt! Jadi dorang ni pun pergi lah ke satu tempat ada bangunan tinggal dan diaorang bermain permainan Ouija atau yang panggil hantu tu. Sejak lepas itu, maka bermula lah perkara pelik dan menyeramkan berlaku pada setiap orang yang bermain permainan itu. Tak nak lah bagi hint banyak sangat nanti tak best pulak bila korang tau apa jadikan? Baca tau nanti! Sangat interesting jalan cerita dia. Penulis dia memang hebat betul bagi effect seram tu, Fatin baca buku ni 2 hari pasal takut sangat. Hahaha Nak pergi toilet pun suruh adik teman. Seram weh. Lagipun kat rumah Fatin ni pun ada jugak kena kacau-kacau ni. Tapi gedik nak baca buku Horror jugak! aduhai sabar jelah.
Rating : ★★★★★
Jadi, sekiranya anda peminat buku Fixi, peminat genre Thriller & Horror ni, you should try to read it. Yang ni adalah karya pertama beliau dan sangat memuaskan! :D Selamat membaca!
Love,
FatinaMdzfr
13 comments
your welcome :D