What are you looking for?
May 12, 2016

Resepi: Asam Pedas Daging/Tulang

Hi!





Hari ini Fatin nak kongsi dengan korang semua Resepi: Asam Pedas Daging campur Tulang. Favourite iols ni tau. Tapi sorry Fatin tak sempat nak ambil gambar Asam Pedas dah habis dimakan. Biasalah bila tengok Asam Pedas ni gadget semua tolak jauh lah. Hihi Okay, jom mulakan? :)




Bahan-bahan

4 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci belacan
Daun Limau
Cili Kering yang dikisar
Air Rebusan Daging/Tulang
Gula
Garam
1/2 Daging + Tulang


Cara Memasak


  • Rebus cili kering terlebih dahulu. Setelas rebus, hendaklah diblendkan guna blender lah. Fatin selalu panggil cili mesin jer haha ._.

  • Sebelum nak masak asam pedas, kita rebus daging dengan tulang tadi. Api perlahan. Rebuslah dalam sejam. Fatin rebus sejam untuk lembutkan daging. Barulah syok nak makan kan! Lagipun sebab pakai braces ni tak boleh makan yang keras sangat. haa gitu.

  • Sementara tunggu daging dan tulang direbus. Kita tumbuk bawang kecil, bawang putih, halia, belacan dengan 5 helai daun limau dan 2 sudu kecik garam. Sedap kau bila tumbuk ni baru nikmat! 

  • Setelah selesai menumbuk bahan-bahan tadi, masukkan dalam periuk yang dah dipanaskan(kena lah panaskan, apalah Fatin ni hihi). Minyak jangan letak banyak sangat, cukuplah menutupi keliling periuk tuh lebih sikit je. Goreng sehingga naik bau.

  • Dah naik bau tuh, dah rasa pastinya bahan tadi dah masak, masukkan pulak cili kering yang dah dimesin. Masuklah dalam 2 senduk. Senduk Fatin ni tak besar sangat, kecik lah, tapi macam family Fatin, kitaorang suka pedas, jadi masuk lebih sikitlah. Masak sehingga cili tuh dah garing dan tak ada bau cili mesin. Bau yang lazatlah gitu. Tambahkan lagi 5/6 helai daun limau.

  • Dah pasti cili tuh dah cukup garing, masukkan 2/3 sudu gula. Kalau nak rasa manis sikit masuklah 3 sudu.

  • Lepas tu, masuk daging dengan tulang perlahan-lahan dalam periuk, dan masukkan juga air rebusan tersebut.

  • Biarkan ianya mendidih. Api letak paling perlahan sekali. Dalam setengah jam gitu. Sambil tunggu asam pedas ni masak, jenguk-jenguklah asam pedas dan rasa, kalau kurang perasa tambahlah garam sikit. Kalau kurang manis tambahlah gula.

  • Dah selesai semua, bolehlah makan! Yay!

Yang ni cara Mama Fatin ajar lah. Sebab nenek & atuk Fatin memang pure Melaka. Fatin pun baru belajar juga masak asam pedas ni, kalau bab masak sayur Fatin memang powerlah, tapi apa salahnya mencubakan. Practice makes perfect. hehe

Oh ye, Daun Limau tuh Fatin suka letak banyak sebab sedap dan baunya memang wangi. By the way, Mama Fatin kata awet muda tau makan daun limau. Katanya hiks

Selamat mencuba dan selamat memasak! :)



Love,
FatinaMdzfr

Add your comment

hanimsfrh said...

Waaahh boleh try buat ni hehe ^^

Fatina said...

hehe jemput cuba nanti boleh kongsi macam mana hehe :D

Erin Azmir said...

alamak sedapnya....... craving ni!

Claudia Claudy said...

ahhh so yummm. omonomnom. rindu makanan Malaysia TT.TT

Fatina said...

sedapkannn...cepat masak hihi :D

Fatina said...

tak balik malaysia ke? ke claudy duduk us terus? alolo balik sini makan byk2 hehe :D

Claudia Claudy said...

Kind of terus duduk us, balik pun tapi lama lagi TT.TT bulan oct balik kot. memang balik sana nanti nak food hunt haha

Sally Samsaiman said...

dapat daging tetel lagi laa...fuhhhh~

zaitie hasnan said...

mcm nice jek resepi ni,

tetiba tertelan air liur membayangkan

Fatina said...

haaa...balik sini food hunting puas puas since banyak juga restaurant baru jugak kat sini dah haa hehe :D

Fatina said...

fuhh nikmat gitu hehe :D

Fatina said...

hehe boleh cuba gitu..kita pun terasa nak buat pulak hehe :D

Claudia Claudy said...

emmm tak best food hunting sorang2 hahaha xD

Zinnia Z A Shaklee said...

nnt nak try la . . .! ^^

Fatina said...

if fatin tak busy time tuh, jom lah food hunting sama2..fatin pun tak ada geng tau nak food hunting kat sini, boring hehehe :D

Fatina said...

boleh boleh silakan :D

Claudia Claudy said...

Tak best makan sorang2 kan xD tak boleh nak melahap hhihi. Okay, then claudy bawa chamomile tea dari sini xP

Fatina said...

boring gila nanti orang asyik pandang je, kesian tengok budak ni makan sorang2 hahah :P alright cun itu! :D

Subscribe for the latest news

@amazingdistance67