What are you looking for?
October 24, 2017

Mayterlynn Minuman Untuk Cergas dan Sihat

produk kesihatan


Faktor utama dalam kehidupan seharian kita yang paling utama yang perlu sentiasa dititikberatkan adalah pemakanan. Pengambilan makanan yang berkhasiat mengikut waktu - pagi, tengahari dan malam akan memberikan impak kebaikan pada diri kita sendiri seperti lebih fokus pada kerja ataupun menjaga anak serta memandu dan akan rasa lebih cergas dan sihat. Dalam erti kata lain, badan kita memerlukan tenaga yang banyak untuk menjalani aktiviti seharian.

Selain itu, Fatin nak kongsi dengan anda semua kepentingan dalam pengambilan bijiran dalam kehidupan kita. Berdasarkan kajian satu pertiga daripada jumlah diet kita adalah makanan bijirin yang perlu kita ambil dan 50% daripadanya adalah makanan berasakan bijirin penuh. Fiber dan nutrien yang terdapat bijirin akan membantu dalam mencegah pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetis, kelesuan, gangguan usus, gangguan saraf dan lain-lain. 


Jadi hari ini Fatin nak kongsi dengan korang semua satu produk kesihatan iaitu minuman bijirin yang mengandungi pelbagai nutrisi dan kebaikan yang membantu badan kita untuk sentiasa cergas dan sihat. Minuman bijirin apa tu agak-agaknya kan? Haaa.. Ianya produk daripada keluaran Lazior yang baru sahaja dilancarkan pada 27 September 2017 dan produk itu adalah Mayterlynn. 

lazior


Apa itu Mayterlynn?

Mayterlynn adalah minuman bijiran campuran Botani Serbuk Ubi Keledek Ungu dengan Dedak Oat. Minuman bijirin ini boleh dinikmati oleh semua golongan. Dari bayi yang berumur 1 tahun keatas sehingga ke dewasa dan juga ibu-ibu mengandung dan sehingga ke warga emas

Apa fungsi Mayterlynn?

Banyak fungsi-fungsi dalam pengambilan minuman bijirin daripada Mayterlynn ni, iaitu:
  • Membekalkan nutrisi yang diperlukan badan kita pada kehidupan seharian
  • Mengurangkan risiko serangan strok
  • Mengurangkan risiko serangan diabetes
  • Mengurakan risiko serangan jantung
  • Mengekalkan berat badan yang ideal
  • Mengurangkan risiko serangan asma
  • Mengekalkan kesihatan jantung
  • Mengurangkan risiko keradangan 
  • Mengurangkan risiko kolon kanser
  • Menggalakan tekanan darah pada tahap yang sihat
  • Mengurangkan penyakit gusi dan mencegah kehilangan gigi
  • Melegakan sembelit
  • Kaya dengan serat serta rasa kenyang berpanjangan
  • Mengekalkan keseimbangan gula dalam darah dan mencegah gula dalam darah naik secara mendadak

fungsi, kelebihan


Selain fungsi yang kita kongsikan ni terdapat juga kelebihan yang lain daripada produk minuman bijirin Mayterlynn. Diantaranya ialah:

  • Melegakan Simptom Menopaus
Dengan pengambilan minuman bijiran Mayterlynn ni ianya dapat membantu melegakan simptom-simptom menopaus seperti mengurangkan depresi dan insomnia, menstabilkan emosi, mengurangkan masalah peluh berlebihan, mengekalkan tulang yang sihat dan melegakan sakit otot serta mencegah jangitan pada vagina.

  • Kelebihan Nutrien Untuk Wanita Mengandung
Khasiat yang terdapat dalam minuman Mayterlynn seperti protein, minerals, DHA, kalsium, iron, dan zink amatlah membantu bagi perkembangan dan pertumbuhan janin dalam kandungan. Lebih-lebih lagi, Mayterlynn ini sangat selamat untuk diambil oleh wanita mengandung dan menyusu anak kerana bahan yang ada dalam minuman ini adalah menggunakan bahan semulajadi serta tiada pewarna, tiada gula, dan tiada bahan pengawet. 

*Bagi yang ada G6PD perlu dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu*

  • Penjagaan Penglihatan Mata
Mayterlynn ini juga diperkayakan dengan Omega-3, Anthocyanins, Zink, DHA yang membantu dalam memberi perlindungan pada mata kita. Antaranya ialah mengurangkan keletihan mata, mengurangkan mata kering, mengurangkan rabun malam, gloucoma, myopia, hyperopia, astigmia, presbyopia dan katarak.

Selain daripada itu, terdapat 20 bahan-bahan yang berkualiti dalam menghasilkan produk minuman bijirin yang berkhasiat Mayterlynn ini iaitu serbuk ubi keledek ungu, beras perang, bijan hitam, dedak oat, emping oat, beras pulut hitam, kacang hitam, kacang merah, kacang hijau, kacang soya, kacang mata hitam, beras barli, gandum, beras sorghum, soba, serat larut, inulin, serat epal, serbum minyak biji rami dan ekstrak sevia. 

Cara Menikmati Mayterlynn?

Dengan hanya 3 langkah sahaja anda boleh nikmatinya pada bila-bila masa. Samaada sewaktu sarapan pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan supper.

cara menikmatinya


Thoughts

review

Produk Mayterlynn yang Fatin terima ni diberi bersama dengan sarung guni yang sangat cantik dan botolnya berwarna ungu yang secara tidak langsung memberitahu kita bahawa produk itu mengandungi serbuk ubi keledek ungu. Bila buka je penutup botol dia, bau ubi keledek tu dah semerbak baunya. Even parents Fatin pun bila bau je terus mereka nak rasa minuman Mayterlynn ni. Apa yang Fatin boleh kongsi tentang produk yang telah Fatin cuba selama seminggu ni adalah minumannya Mayterlynn memang sangat sedap dan badan Fatin mula dapat adjust dengan baik since Fatin ni bukannya suka ambil sarapan pagi jadi bila ambil Mayterlynn ni memang rasa badan lebih cergas daripada sebelum ni yang mana bila pagi je terasa cepat letih sangat cepat. Itu antara perkembangan yang paling Fatin nampak dalam diri Fatin. Jadi untuk dapat kecergasan badan waktu pagi, apa kata korang pun cuba juga minuman Mayterlynn ni!

Anyway, kalau korang berminat nak cuba, bolehlah layari facebook Lazior ni

Add your comment

Subscribe for the latest news

@amazingdistance67