What are you looking for?
August 3, 2018

Plot Twist Yang Mengejutkan // Book Review : Jika Aku by Anna Lee

anna lee

Publisher: Prolog
Publication Date: April 2017
Genre: Fiksyen
Buy Links: MPH Bookstore
Rating:

Source: Bought/Own

Synopsis


“Jika Aku mind reader, adakah ia satu keistimewaan atau ketulahan?”

Teja, gadis mind reader yang terpaksa memecilkan diri kerana kelebihan itu membuatkan dia takut hendak mendengar setiap pemikiran orang lain yang ada saja menyakitkan hati.

Sehinggalah hatinya terpikat pada seorang jejaka. Jejaka yang penuh misteri dan sering menimbulkan tanda tanya. Tetapi, demi untuk tidak mengecewakan diri sendiri, cukup dia meminati lelaki itu dari jauh.

Namun, lain yang dirancang lain pula yang terjadi. Demi menghalang sebuah jenayah berlaku, Teja terpaksa mendekati lelaki itu. Sudahnya, kehidupan Teja yang menjadi huru-hara. Semakin dia mengenali lelaki itu, dia semakin keliru.

Ada rahsia disembunyikan. Ada rahsia perlu dirungkaikan.

Antara realiti dan ilusi, yang manakah kebenarannya? Yang pasti, dia perlu cari kebenaran itu.

Kerana... Hanya kebenaran jalan keluarnya.
.
.
.
"Eleh, macamlah dia tu lawa sangat. Sempat aku menjeling ke sebelah. Emm...okey, dia memang lawa. Tapi... lawa kan subjektif. Mungkin bagi aku minah sebelah lebih lawa, tapi bagi si dia, aku lebih lawa... hee... okey, cukup Teja! Cukup. Aku geleng kepala. Kembali menatap skrin telefon bimbit."


Terasa lama sangat diri ini tidak membuat review dalam Bahasa Malaysia. Bahasa kebangsaan kita. Mari kita mulakannya.

Satu buku yang sangat menarik. Tidak tersangka ianya akan jadi begitu kerana difikiran kita fikir ianya akan jadi begini rupanya bukan. Rumit tetapi sangat terbaik jalan ceritanya. Mari kita kongsi sedikit penceritaannya.

Jika Aku tentang seorang wanita yang berusia dalam 20-an bernama Teja. Dia mempunyai kebolehan yang bagi kita sangat menarik iaitu seorang Mind Reader akan tetapi ianya rumit buat Teja sebab ianya menyesakkan fikiran dalam mendengar pelbagai benda yang diperkatakan oleh orang sekeliling Teja didalam kotak fikiran mereka dan tanpa mereka sedari Teja boleh mendengarnya. Loud and clear. Teja dia bekerja dikedai buku dan selalu menaiki KTM sebagai medium untuk Teja bekerja dari rumah ke tempat kerja dan disitulah Teja berjumpa dengan seorang lelaki yang buat hati Teja terpikat. Namun, tanpa Teja sedari akan banyak perkara berlaku selepas berkenalan dengan lelaki itu dan hanya kebenaran sahaja jalan keluar.

Menarikkan ceritanya? Fatina terpikat nak baca novel Jika Aku yang ditulis oleh Anna Lee selepas membaca review daripada Siqahiqa. Bermula episod rasa ingin tahu yan membuak-buak. Makanya, bulan lepas (my birthday month) Fatina dengan pantas ke MPH yang berdekatan untuk membeli satu buku daripada Prolog dan hanya tinggal satu je Jika Aku di rak buku tersebut, ambil terus tanpa fikir dua tiga kali. Jika Aku memang terbaiklah.

Penulisan Anna Lee berjaya membawa kita semua ke dalam jalan cerita Jika Aku, terasa seperti Fatina berada ditepi mengikut Teja kemana-mana untuk melihat dan mendengar apa yang terjadi. Jalan cerita yang ditulis memang menarik dan membuatkan kita tak senang duduklah nak tahu apa yang terjadi seterusnya. Membuatkan pelbagai emosi muncul ketika membaca contohnya;

🔽 Perasan berdebar-debar menunggu apa tindakan seterusnya
🔽 Geram dengan Teja bila dia buat keputusan terburu-buru
🔽 Terhibur dengan perangai Teja dan Maliq
🔽 Bahagian 1,2,3 ada cerita-cerita yang membuatkan Fatin tercengang/terkejut.
🔽 Perasan ingin tahu yang membuak-buak untuk tahu apa akan berlaku seterusnya

Kesimpulannya, Jika Aku telah berjaya membuatkan Fatina sebagai pembaca terhibur dengan jalan ceritanya yang lain daripada yang lain dan Fatina sangat sukakan novel ini. Tidak mengecewakan. Untuk itu, memang recommend lah kat korang untuk baca novel Jika Aku by Anna Lee. Nak tau kebenarannya...belilah novel Jika Aku!

Kalau diberi keistimewaan seperti Teja - A mind reader - Fatina nak tapi nak yang boleh mute kan daripada baca fikiran orang-orang yang tidak kenali supaya kepala pun tak bingit nak dengar.





Add your comment

Subscribe for the latest news

@amazingdistance67