What are you looking for?
May 4, 2019

Ulasan Buku: Psikik oleh Husna Rosli

Ulasan Buku

Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Diterbitkan: 28 Februari 2019
Genre: Fiksyen
Add to Goodreads
Pautan Pembelian: Fixi
Sumber: Dibeli daripada penulis
Rating:

Sinopsis

Di Institut Cahaya, semua pelajar termasuk Elina didoktrin bahawa lelaki merupakan punca kemusnahan dan penderitaan yang dialami kaum wanita. Selepas Presiden Karina bergelar pemimpin, semua lelaki ditangkap dan dipisahkan dari masyarakat. Kanak-kanak lelaki dipisahkan dari ibu mereka dan dilatih untuk menjadi sekadar Pembantu.

Kematian Ilham, seorang gadis kecil yang bijak, seakan membuka mata Elina. Ada sesuatu yang tidak beres dalam hidupnya selama ini. Dia rasa seperti hidupnya mempunyai tujuan yang lebih besar dari sekadar menurut telunjuk Presiden Karina. Pertemuan dengan Zed dan Auntie Wan membuka lembaran baru dalam hidupnya, dan memperkenalkan Elina dengan kuasa istimewanya, kuasa PSIKIK.





Sejujurnya telah lama tidak menulis reviu untuk buku berbahasa melayu. Tipulah kalau kata tak rindu kan. Jadi, untuk tahun ni buku Psikik adalah buku pertama yang saya kongsi diblog dan akan datang banyak lagi buku-buku berbahasa melayu akan saya kongsi supaya ada keseimbangan untuk kedua-dua bahasa.

Tanpa melengahkan masa, mari lah saya terus kepada reviu saya untuk buku Psikik yang ditulis oleh Husna Rosli. Sehelai demi sehelai membaca Psikik ni membuatkan saya berfikir banyak perkara. Yang membuatkan saya terfikir bagaimana kalau ini benar terjadi, apakah kita bersedia? Adakah keadaannya akan menjadi seperti mana didalam buku Psikik - banyak perkara yang berlegar difikiran saya.

Dalam novel Psikik ini, watak Presiden Karina membawa sesuatu yang baru di Kaizer, setelah banyak jenayah yang berlaku melibatkan wanita, beliau nekad untuk lakukan satu pembaharuan dimana, golongan lelaki akan diasingkan sejurusnya mereka dilahir akan dihantar ke institut lelaki  untuk dilatih menjadi pembantu. Yang mana buat jahat akan dihukum serta merta tanpa belas kasihan. Dari situlah, wujudnya - Institut Cahaya khas buat golongan wanita.

Cara penceritaan dan penulisan oleh Husna untuk novel Psikik sangat menarik. Plotnya tersusun rapi dan ada plot yang sangat tidak disangkakan sekali berlaku, okay. Sis tercengang jugaklah. Macam serious lah? - well, that's a plot twist! Never cross my mind that will happen though but it did! That's seriously a wonderful job, Husna! Permulaan penceritaan sahaja dah buat saya tergamam tapi itulah yang membuatkan saya mahu mengetahui apa puncanya, mengapa, bagaimana dan apa solusinya. Memang terbaik.

Watak utama yang dibawa oleh Elina yang mempunyai kuasa Psikik sangat mengujakan. Ada kuasa psikik tu, siapa tak mahu kan. Kalau cerita lebih lanjut tentang kuasa ni nanti boleh terspoilkan cerita pulak. Jadi, sis tak mahu lah cerita lebih. Kenalah baca untuk tahu kan? 


"Sebagai manusia, kita semua ada hati. Dari hati, menatijahkan perasaan. CIk tak rasa ke yang kalau kita jadikan minda untuk pandu semua keputusan kita, itu buatkan kita sama saja macam robot? Robot yang berjalan betul-betul atas arahan komputer. Hitam dan putih saja?" - Psikik, Husna Rosli

Kesimpulannya, Psikik adalah novel yang sangat menarik, penuh isi dan mesej dan yang paling utama, terselitnya unsur Islamik. Sangat mengujakan serta mendebarkan. Setiap yang terjadi didalam novel ini membuatkan kita tidak senang duduk untuk mengetahui segalanya yang diselindungkan daripada pengetahuan orang ramai. Keep it up the good work, Husna! Looking forward in your next novel.

Add your comment

Ray said...

i wish i could read more

www.raydahalhabsyi.com

Subscribe for the latest news

@amazingdistance67