What are you looking for?
June 7, 2020

Dimana Hilangnya 'Mood' Membacaku.

mood?


Assalamualaikum dan hello,

Apa khabar kawan kawan sekalian? Nampak tak Fatina mencuba sebaik mungkin nak tulis blog ni tau. Kali ni Fatina dalam bahasa ibunda kita dengan lebih sempoi. Terasa dekat lagi dengan pembaca blog Fatina. Haa gituuu. Tapi kejap, apa yang 'dimana hilangnya mood membacaku' tu kan? Ni yang nak kongsi ni.

Jikalau anda semua dah follow blog Fatina sejak berapa tahun yang dulu anda pasti tahu betapa laju dan banyaknya buku Fatina baca dalam sebulan kan? Betul tak? Tapi sekarang ni tak tahu lah kenapa punya lah lambatnya pembacaan Fatina setiap bulan. Tak tahu lah ke mana mood pembacaan Fatina pergi. Tapi walapun begitu, Fatina tetap mahu baca walaupun dua atau tiga buku je sebulan. Tak apa lah kan? 

Bila tengok rakan-rakan yang berjaya menghabiskan pembacaan buku yang banyak setiap bulan sewaktu PKP/PKPB ni terasa kerdilnya diri kita ini. Tengok hebatnya mereka dapat baca buku banyak. Terasa rindu diri yang dulu yang mampu baca banyak dan kongsi kan di blog serta Instagram Fatina. Eh, bukan untuk menunjuk tau. Haa, jangan salah anggap tapi lebih kepada rasa kepuasan dalam diri Fatina dapat keluar 'berjalan-jalan' dalam dunia pembacaan ni. Itu yang Fatina rasa kan ketika membaca. Lupa sejenak dengan dunia realiti ni. Selain itu, perkongsian di social media adalah untuk mengingatkan diri sendiri buku apa yang dibaca dan tentang apa. Haa kan kan.

Bulan Mei adalah bulan dimana Fatina berehat dari membaca. Pada awalnya, ada baca beberapa muka surat tapi lepas tu berhenti sebab walaupun pada dasarnya Fatina membaca tapi fikiran Fatina melayang ke tempat lain tak fokus dengan pembacaan yang mana menyebabkan terlupa kisah apakah novel itu. Dengan itu, Fatina berhenti sejenak dan fokus dengan diri sendiri. I need to make room for myself, make my mind clear. Sekarang ni Alhamdulillah dapat habiskan satu novel yang mana merupakan satu achievement for myself after so long and I am so happy. Doakan mood pembacaan Fatina kembali semula ya. Terima kasih 😊

Add your comment

Subscribe for the latest news

@amazingdistance67