What are you looking for?
July 10, 2021

Khasiat Pengambilan Madu Kelulut Asli || Urban Eco-Life Agro Farm

Mesti ramai yang suka makan madu betul tak? Lagi bila kita buat kuih cornflakes madu. Sedapkan? Kegemaran ramai tu. Kali ni Fatina bukan nak bercerita tentang cornflakes madu tetapi nak berkongsi dengan anda semua tentang madu asli kelulut. Pernah tak anda rasa madu asli kelulut sebelum ni? Jujurnya, Fatina tidak pernah rasa. Jadi, ini adalah pertama kali rasa tau dan rasanya memang sedap. 

Sebelum berkongsi tentang madu kelulut asli ni, Fatina nak berkongsi tentang Urban Eco-Life Agro Farm yang terletak di Selangor dan juga di Johor. Disini ada banyak aktiviti yang diusahakan seperti Aquaponic system, Microgreen production area, Fiq production area, Graped production area, Nursery, Black Soldier Fly production, dan juga Kelulut & Apis Mellifera production. Pelbagai produk juga telah dihasilkan melalui Urban Eco-Life Agro Farm ini. Salah satunya yang Fatina nak kongsi disini adalah Madu Kelulut Asli. 

Madu Kelulut Asli ni ada banyak sangat manfaat dan khasiat untuk kita semua. Diantaranya adalah:

  • Membantu meningkat imunisasi badan
  • Membantu mengawal paras gula dalam darah
  • Membantu mencegah masalah pembuluh darah tersumbat
  • Membantu mengelakkan ketumbuhan sel-sel kanser
  • Membantu melegakan masalah pernafasan
  • Membantu melegakan masalah cirit-birit
  • Membantu mengatasi masalah kesukaran tidur
  • Membantu meningkatkan kesuburan badan
Ini adalah antara khasiat Madu Kelulut Asli.

Ada cara untuk mengambil madu kelulut asli ni tau. Caranya adalah:
  • Ambil 1 sudu makan 2 kali sehari. Kena guna sudu plastik ye!
Harga sebotol Madu Kelulut Asli:

600ml - RM 120
350ml - RM 65

Boleh ke Shopee untuk membeli Madu Kelulut Asli ini.


Kandungan: Madu Kelulut Asli


Review:

Fatina sebenarnya makan madu ni dengan roti sapu marjerin lepas itu letak 1 sudu madu. Jujur, rasa dia memang 'kick' lah. Itu percubaan pertama Fatina makan dengan roti sapu marjerin. Kemudian ayah ajar untuk makan Madu Kelulut Asli ni dengan campur air suam. The taste is really wondeful and very helpful for me as I'm having a hard time to sleep at night. I won't say it helps instantly. Of course, it takes some time for me to sleep at regular time. *Tak ada gambar sebab teruja sangat nak rasa madu kelulut asli dengan ayah kan. hehe* 

Terima kasih banyak kepada Urban Eco-Life Agro Farm diatas pemberian Madu Kelulut Asli.

Untuk lebih lanjut mengenai Madu Kelulut Asli boleh ke: https://www.youtube.com/watch?v=qcTncxOUsKI&t=6s



Add your comment

Subscribe for the latest news

IG: @amazingdistance67