What are you looking for?
September 13, 2021

SURPRISE GIVEAWAY BY AIENIENKA

 


Rasanya dah lama sangat tak join giveaway. Jadi, hari ini I nak join giveaway dari Aienienka. Salah satunya adalah untuk meluaskan lagi circle of friends. Rindu nak berborak dengan teman teman di blog.

Tengok pada syaratnya menarik hati I. Jadi, jom lah I kongsi dengan korang surprise yang pernah I dapat. 

surprise birthday


Kami sekeluarga ni susah nak buat surprise ni sebabnya selalu terkantoi. Masing-masing memang tak boleh nak kontrol mulut dari tersenyum tiba tiba diwaktu hari lahir masing-masing. Tapi sambutan hari lahir saya pada tahun 2019 sebelum pandemik berlaku saya terima surprise daripada adik saya. 

Sejujurnya memang tak tahu apa-apa. Tak ada plan langsung. Parents pun tak tahu. Beliau hanya mengajak kami ke Molten dengan alasan lama sangat tak makan lagipun ketika itu beliau sentiasa outstation. Jadi, memang faham lah kan. Setelah memesan makanan masing-masing. Tanpa tahu apa-apa tidak semena-mena Molten pasang lagu hari lahir dan pihak waiter pun nyanyi bersama dan diakhiri dengan tepukan beramai bersama dengan customer yang berada disitu juga. Memang sangat-sangat terharu. Hati kita ni tisu sikit jadi ternangis lah juga. 

Gitu lah ceritera kejutan pertama yang saya terima daripada adik sendiri. 😄

All the best untuk yang join Surprise Giveaway by Aienienka ini! Boleh klik banner diatas untuk ke blog Aienienka 😊

Add your comment

IG: @amazingdistance67